Salam Ramadhan dan Bakal Hadir Syawa...

Diharap semua berada dalam sihat dan ketenangan...

IQ Class Management masih lagi bersama dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor.

Ucapan khusus diberikan kepada 2 orang kanan IQ Class Management iaitu saudara Johari dan Zaki atas sumbangan dan kesungguhan sama-sama memeriahkan program bersama PEPIAS, ABIM Selangor dan WADAH Selangor. Keinginan dan bantuan yang diberikan amat-amatlah dihargai. Semoga, usaha dakwah ini berjalan terus dengan semangat dan istiqamah yang ada. Semoga ia adalah kesinambungan yang ada di dalam IQ Class Management, menyumbang, berbakti bukan hanya untuk keuntungan dunia semata-mata, tetapi keutamaannya adalah kekayaan di akhirat serta dapat pulang ke kampung halaman kita di SYURGA bersama-sama.

Juga terima kasih dan tahniah kepada adik-adik kami FaDelaT yang terlibat sama membantu program yang berlangsung di Banting iaitu:

1. Shafika Adila Mansor
2. Nor Firdaus Norzaini
3. Norhamizah Jaafar

serta adik Faizal Jaafar, Sharif dan Juman yang turut serta menjayakan program ini.

Ingatlah adik-adikku, berhadapan dengan kesusahan hari ini untuk mendapat kelapangan dan kesenangan masa depan, kemudahan hari ini pasti juga menjanjikan kesempitan dan kesusahan masa depan. Banyak2 lah berbuat kebajikan dan semoga rahmat Allah jatuh pada diri dan keluarga kita.

Istiqamah dalam berdakwah...

"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI