Ramadhan Akan Pergi

Salam kepada sahabat seperjuangan

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari
Raya
Maaf Zahir dan Batin...

Ramadhan dah nak meninggalkan kita, berjuanglah pada akhir-akhir
Ramadhan ini untuk mendapatkan barakah dalam hidup kita, banyak-banyak
lah berdoa, bukan untuk kita sahaja, untuk ibu bapa kita, adik-beradik
kita, guru-guru kita, orang yang kita sayang dan jangan lupa doakan
untuk semua kawan-kawan kita dalam FaDelaT khususnya dan amnya
dimana-mana sahaja. Juga adik-adik yang kita telah program kan, doakan
mereka berjaya dalam peperiksaan, jadi anak soleh dan menyumbang
kembali untuk agama.

Sahabat, adik-adik dan kenalan IQ Class Management,

Semoga kalian sentiasa dinaungi RAHMAT ALLAH, saya doakan semuanya
sihat dan istiqamah dalam perjuangan. Ingatlah apabila berdakwah dan
melakukan apapun tugasan, buatlah pada kadar yang terbaik... kerana
Allah sangat sukakan kesempurnaan. .. Semoga kalian menjadi hamba Allah
yang taat, anak yang soleh, pelajar yang cemerlang, rakan yang terbaik
dan umat yang gemilang.

"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI