IQ Class Management

Kami Berpengalaman
IQ Class Management (selepas ini dikenali sebagai IQC) telah bertapak dan bergerak aktif dalam bidang latihan dan motivasi hampir 3 tahun bermula akhir 2005 sehingga kini. Diterajui oleh Perunding Utama, Kamarul Azami b. Mohd Zaini (kamyghebat@yahoo.com), IQC bergerak cergas bersama 2 perunding latihan yang lain.

IQC berpengalaman menganjurkan dan mengadakan program-program berbentuk latihan jatidiri, kepimpinan, motivasi, khemah ibadah serta 'team building'. Berpengalaman bersama Lembaga Zakat Selangor sebagai perunding semenjak ia ditubuhkan.

Sehingga ke hari ini, IQC banyak menyumbang khidmat nasihat, motivasi, latihan, dan bimbingan di sekolah-sekolah Kuala Lumpur dan Selangor, IPT seperti KUIS dan turut aktif di dalam pergerakan belia dan ngo seperti ABIM, PEPIAS dan YATIM. Sudah lebih dari ratusan sekolah rendah dan menengah serta pelajar pelbagai peringkat bermula dari rendah hinggalah IPT mengenali dan mengetahui tentang IQC.

FaDelaT
Pada tahun 2007, IQC mengambil langkah untuk melibatkan kelompok pelajar IPT untuk bersama menyumbang dan berbakti kepada pendidikan negara. Ia bertujuan memberikan pendedahan, rasa peduli, rasa bersama dan rasa kepunyaan kepada pendidikan negara secara khususnya dan negara secara amnya. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang fasilitator. Oleh yang demikian, Facilitating and Development Team (atau FaDelaT) ditubuhkan. Mereka diberikan latihan berfasa serta intensif mengikut keperluan serta permintaan dari pihak luar.

FaDelaT Team of Trainers
Bagi melatih mereka ini, IQC sekali lagi merencana satu plan tindakan bagi merealisasikan sistem latihan yang terbaik buat mereka. FaDelaT Team of Trainers pula diwujudkan bagi mengumpulkan idea dan kepakaran untuk memberikan latihan kepada FaDelaT. Mereka terdiri daripada 3 orang perunding dari IQ Class Management serta 3 orang rakan berpengalaman dari luar.

Catatan Popular