Harapan Besar

IQ Class Management merupakan salah satu syarikat perundingan yang ditubuhkan bagi memenuhi kehendak dan mengisi setiap ruang dan peluang yang ada dalam melengkapi sistem pendidikan di Malaysia. Harapan yang besar ini kami kongsikan bersama dan ingin melihat, setiap dari mereka yang pernah menyertai, terlibat mahupun menjadi peserta kami akan mendapat manfaatnya duniawi dan ukhrawi.

IQ Class Management meletakkan kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah dalam menyampaikan dakwah secara latihan motivasi dan program-program yang dianjurkan. Ia adalah salah satu bidang dakwah yang perlu disertai oleh mereka yang berminat untuk menjadi fasilitator Islam yang profesional.

Semoga kehadiran IQ Class Management dipersada dunia latihan ini akan menyumbang kepada pembinaan modal insan yang benar-benar berkualiti dan berdaya saing dalam kehidupan dunia yang sementara ini.

TQ

Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management

Catatan Popular