faedah berzikir, membaca al-quran kepada kesihatan

Assalamualaikum w.b.t.
Saya teringat tentang sedikit kajian berkenaan pernafasan yang sepatutnya dilakukan dengan sempurna untuk membekalkan oksigen kepada segenap anggota badan. disebabkan faktor pernafasan ini yang dipandang remeh atau dengan kata lain tidak langsung diambil berat oleh orang kebanyakan, ramai warga dunia yang mengalami ketidakseimbangan tubuh badan (berpenyakit).
pernafasan yang sempurna adalah apabila kita bernafas dengan memenuhkan paru-paru serta abdomen kita dengan oksigen. sedar ataupun tidak , kita hanya mengambil sejumlah oksigen yang sedikit setiap kali bernafas iaitu 1/10 daripada kemampuan sebenar. ini boleh mengundang ketidaksempurnaan organ dalaman seperti hati, buah pinggang, dsb berfungsi dengan maksimum. malahan, ianya memudaratkan organ2 dalaman tersebut. akibatnya, gangguan kesihatan berlaku. darah tinggi umpamanya, adalah disebabkan ketidakbolehan buah pinggang untuk menyah garam berlebihan yang diambil oleh manusia ketika makan.
kembali ke tajuk asal, bagaimana dengan berzikir mampu membantu meningkatan kesihatan. setelah selesai solat umpamanya, mengambil masa dengan berzikir, secara kebiasaannya, kita akan mengambil nafas yang panjang untuk menghasilkan bilangan tasbih, tahmid atau sebagainya dengan sebanyak2nya dalam satu nafas. begitu juga ketika membaca al-quran. bermula dengan mengumpul nafas yang secukupnya untuk mengelakkan 'putus nafas' sebelum tamat satu2 ayat.
Nah! itu hanyalah sebahagian daripada kelebihan2 berzikir dan membaca al-quran yang dapat dijelaskan dengan sains kesihatan. betapa ruginya kelapangan masa yang kita ada terbazir tanpa faedah atau kebaikan. semoga kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan sentiasa dekat da sisiNya.
terdapat banyak lagi faedah2 berzikir yang akan saya coretkan dalam ruangan yang akan datang Insyaallah..

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI